Restoran Idaman Kuala Kuala Kedah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kredit Gambar di atas: unaizahsdiary.blogspot.com

Malam ini kena pegi ke Kuala Kedah atas sebab tertentu alang-alang makan malam sekali memandangkan dah lama tak makan di Kuala Kedah. Kat area sini banyak kedai seafood sampai rambang mata pilih nk p kedai mana. Tak la bosankan nanti boleh cuba semua kedai ikut preference masing-masing.

Berbalik pada cerita, mula-mula singgah di Restoran Nelayan, dah duduk di meja kerusi dan perhati sekeliling tengok semua meja belom dapat makanan, ada la dalam 7 meja kot. Ni kalau aku order ni ada sejam baru boleh jamah makanan, perut dah lapo nih. Hmmm… better p kedai lain lah – fikir dalam hati. Ask my wife for her opinion dan kami decide untuk pergi ke kedai lain yang customernya tak terlalu ramai. Ini dah la ramai then semua belom dapat makanannya pak, waduh-waduh… sebelom keimanan teruji better ambil initiative lain.

Bangun keluar kedai berjalan ke kereta sambil di perhatikan oleh customer-customer (Anggap je diaorang tengok sebab aku handsome)

Berjalan lebih kurang 2 buah kedai selepas Restoran Nelayan dan jumpa restoran yang agak ok dan kami decide berhenti makan di situ iaitu Restoran Idaman Kuala Kuala Kedah. Haaa… nama kedai agak repetitive sket. Ada 2 Kuala situ ya, aku pom tak tahu kenapa.

Environment kedai ini memuaskan. Luas dari segi parking space dan meja makan. Kuantiti bilangan nyamuk berada pada tahap minimum. Yang paling aku suka adalah waiter, dia aware dengan kehadiran customer. Dari aku turun kereta dia dah mark dan prepare nak ambik order sambil escort aku ke meja pilihan. Maybe gaji dia naik lepas ni, insyaAllah.

Disebabkan aku hanya berdua bersama wife maka tidak-lah kami order makan berat e.g Ikan Bako… membazir amalan syaiton! syuhhh! go away syaiton!

Makanan yang di-order adalah seperti berikut:

Sayur Kobis Ikan Masin

Sotong Goreng Tepung

Tomyam Udang

Lepas order, semua makanan siap di hidang dalam masa 10-15 minit. Paling cepat Sotong Goreng Tepung, baru je lepas order tut tut tup tup dah sampai - What sorcery is this?

Sambil makan check Foursquare tengok review previous customer yang pernah makan kat sini. Ada yang cakap Kerang Bako kat sini Mantaps!!! Then order Kerang Bako memandangkan my wife dah lama mengidam.

Overall aku memang berpuas hati dengan makanan dan servis kat sini. Kesemua makanan Nasi Putih2X, Tom Yam Udang, Sotong Tepung, Kubis Goreng, Kerang Bakar dan Fresh Orange RM29.20. Agak affordable , tak murah tak mahal.

Peta di bawah sebagai rujukan lokasi Restoran Idaman Kuala Kuala Kedah

Sekian. Assalamualaikum. Continue Reading

Zakat Pendapatan (Gaji)

zakat_pendapatan

Kredit gambar Flickr

Fatwa Zakat Pendapatan Negeri Kedah

Jawatankuasa fatwa telah mengkaji mengenai pembayaran zakat ke atas pendapatan gaji dan lain-lain sumber pendapatan yang diterima yang ada kaitan dengannya dan bersetuju memberi pandangan bahawa Wang gaji, Elaun, Hadiah dan lain-lain pendapatan yang diberi oleh seseorang dari masa ke semasa hendaklah dengan bertaqlidkan Mazhab Hanafi disatukan sengan wang terkumpul dan hendaklah dizakatkan ketika genap haul yang bermula dari sejak cukup nisab, ini bermakna apa-apa pendapatan yang diperolehi pada pertengahan haul, hendaklah dizakatkan sekali pun belum genap haul bagi tiap-tiap satu pendapatan itu
Continue Reading

Defective Detective

Panduan Zakat

zakat

Zakat adalah satu rukun Islam yang ke-5. Maksudnya dari segi bahasa ialah bersih, subur dan berkembang maju. Dari segi syarak pula, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu, pada kadar tertentu, kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Tahukan Anda?

Zakat adalah wajib apabila memenuhi syarat berikut: Continue Reading

Range Rover Evoque Victoria Beckham Edition

Amalan Pendinding Dari Gangguan Jin dan Sihir

syaitan

Sedikit sebanyak pengalaman yang di alami sebelum ini di sini saya kongsi pengetahuan untuk semua.

  1. Melakukan sesuatu dimulakan dengan bismillah (contoh: buka pintu, melintas jalan dan sebagainya).
  2. Amalkan bacaan Al-Fatihah 3X dan Ayat Qursi dan dihembus ke air yang hendak diminum dengan niat sebagai pendinding.
  3. Amalkan surah Al-Fatihah, Ayat Qursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum keluar dari rumah.
  4. Amalkan bacaan surah Al-Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun dari kenderaan.
  5. Masuk ke dalam rumah dimulai dengan kaki kanan dan amalkan bacaan surah Al-Ikhlas sebanyak 3X
  6. Amalan bacaan/dengarkan Ayat Ruqyah setiap hari. http://www.youtube.com/results?search_query=ruqyah&oq=ruqyah&aq=f&aqi=p-p2g2&aql=&gs_l=youtube-psuggest-reduced.3..35i39l2j0l2.1222.2590.0.2798.6.6.0.0.0.0.156.598.3j3.6.0…0.0.
  7. Ambil wuduk setiap kali hendak keluar dari rumah dan sebelum tidur.
  8. Amalkan bacaan Amalkan surah Al-Fatihah, Ayat Qursi, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebelum tidur dan dihembuskan ke tapak tangan dan diratakan di seluruh tubuh (dilakukan berulang-ulang sebanyak 3 kali).
  9. Amalkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (selalunya saya baca ketika di dalam mimpi yang buruk, insyaAllah selalunya akan sedar serta merta)
  10. Selalu amalkan bacaan wirid سُبْحَانَ اللَّهِ, الْحَمْدُ لِلَّهِ, اللَّهُ أَكْبَرُ dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W ketika masa lapang, waktu melalukan kerja, ketika memandu dan sebagainya.
  11. Amalkan Solat Sunat Tahajud.
Nota: Ayat Al-Quran di atas di baca dari kanan ke kiri ya

Kita hanya perlu berusaha dan tawalal, yang penting yakin akanNya dan InsyaAllah

Street Fighter x Tekken

DSC_0761_1

Wedding Photoshoot #1

Baiki AirCond Bocor

Aircond di rumah ini buat hal pulak, memandangkan cuaca di utara Kedah terlalu panas… adalah terlalu menguji keimanan bagi saya yang fulltime buat keje dari rumah dalam keadaan berpeluh.

Dengan itu saya mengambil keputusan untuk DIY sendiri setelah mendapati betapa mudahnya untuk baiki aircond leaking ni, klu panggil kedai datang repair dah barapokan.

Berikut merupakan video DIY cara-cara membaiki aircond leaking dan didapati berguna dicilok dari sang Youtube

Enjoy DIY’ing!

Software untuk Mac OS X

mac_screenie

Memandangkan kerja terbaru saya perlu bergerak ke serata negeri di Malaysia ni dan untuk memudahkan kerja, saya telah dapatkan Macbook Pro 15′ Edisi Dec 2011. Di beli di Switch Village Mall Sungai Petani.

Perlu ingat sebelum membeli di mana-mana cawangan Switch saya nasihat anda supaya hubungi cawangan Switch pilihan anda untuk tanya tentang Stock Availability produk pilihan anda sebelum menjejak kaki ke kedai.

Anda boleh mendapatkan diskaun dalam membeli produk Apple ini dengan menggunakan kad pelajar atau kad pengajar mana-mana institusi di Malaysia ini. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di http://store.apple.com/my/browse/campaigns/education_pricing. Ianya perlu di beli secara online melainkan di Switch Kampus USM

Berikut merupakan beberapa software yang telah di Install masuk.

  1. Adobe Master Collection CS4
  2. Dropbox
  3. Skype
  4. Yahoo Messenger
  5. Firefox
  6. Final Cut Pro 10
  7. Coda
  8. Sparrow
  9. Little Snapper
  10. Aperture 3
  11. Miro
  12. VLC Media Player

Jadi apa yang korang install? Sila tinggalkan komen di bawah.